"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
George Santayana (The life of Reason, Volume 1:1905)

Sunday 29 July 2012

Tamadun Rom

Peningkatan Tamadun Rom




LATAR BELAKANG

Peta Empayar Rom

Tamadun Rom berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di Lembah Latium. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. Pada abad kedua Masihi, pemerintah Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar. Kewujudan Majlis perbandaran tersebut telah membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar seperti bekalan air, rumah ibadat, teater, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

Pompei
Pompei, Italy


Pompei merupakan bandar contoh yang mempunyai pelbagai kemudahan di bandar ini. Contohnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, perpustakaan, mahkamah, pintu gerbang dan Colloseum. Selain itu, Pompei juga terkenal dengan terdapatnya sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.Bilangan penduduk Pompei telah mencapai 50000 orang pada tahun 80M.


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Tamadun Rom mengamalkan kerajaan bercorak republik. Republik merupakan negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketahui oleh presiden. Ciri-ciri kerajaan republik di Rom ialah :

· Dua konsul dilantik oleh Dewan Senat untuk memerintah negara supaya tidak ada yang lebih berkuasa antara mereka.
· Konsul dibantu oleh Dewan Senat.
· Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
· Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom.
· Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Senat


Empayar Rom muncul sebagai sebuah kuasa besar semasa dipimpin oleh Julius Caesar. Di bawah pemerintahannya, Empayar Rom meliputi Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan kawasan puak Jerman. Julius Caesar dikenal dengan kata-kata 'veni , vedi , vinci' yang bererti 'saya datang , saya lihat dan saya takluk'. Pada tahun 59 SM, beliau telah dilantik sebagai konsul. Pada 44 SM, beliau dilantik pula sebagai diktator seumur hidup. Pada 15 Mac 44 SM, Caesar telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang diketuai oleh Brutus. Pada tahun 27 SM, Augustus Caesar (27 - 14 SM) pula memerintah Rom dengan gelaran Maharaja Augustus. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom). Empayarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

PERUNDANGAN

· Hukum Kanun 12
  - dipahat pada Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
  - merupakan undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 SM
· Kod Undang-Undang Rom
  - undang-undang dikumpulkan, disatukan dan dibukukan oleh Maharaja Justinian
  - juga dikenali sebagai Undang-Undang Justinian
  - terdiri daripada tiga cabang:
    1. undang-undang sivil,
    2. undang-undang rakyat
    3. undang-undang natural (natural law)
  - prinsip undang-undang Rom:
    1. Semua manusia sama di sisi undang-undang
    2. Seseorang tidak akan bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya
    3. Keadilan terhadap setiap individu

    4. Hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi

PENDIDIKAN



Ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom:
-menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom
-peringkat awal banyak mengambil unsur dari Yunani
-pusat pendidikan telah melahirkan jurutera yang dapat membina system pengairan,bangunan dan jalan raya

FALSAFAH

Falsafah Rom berasaskan falsafah Stoik atau Stoisisme Zeno. Namun Stoisisme Rom lebih praktikal dan memberi penekanan kepada keadilan, bertanggungjawab, keberanian serta berperikemanusiaan. Penganut stoisisme yang berpengaruh di Rom ialah Marcus Tullius Cicero (106 - 43 SM). Beliau merupakan seorang negarawan dan pemidato yang terkenal. Retorik mula diajar dalam bahasa yunani dan Latin semasa pemerintahan Julius Ceasar.

SENI BINA

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan. Bangunan terkenal yang dibina pada zaman Rom ialah Colloseum, Pantheon dan Circus Maximus.Colloseum ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80 M. Ciri istimewanya ialah berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton. Pantheon ialah sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2 M. Saliran air yang dikenali sebagai aqueduct juga telah dibina. Orang Rom juga membina jalan raya, empat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Seni bina Rom ini memaparkan gabungan tradisi Etruscan, Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman.


Colloseum  merupakan tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.


Pantheon merupakan tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti.
Tinggalan pintu gerbang Aqua Claudia yang terdapat di bahagian Timur Rom.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Dalam tamadun Rom, terdapat dua orang penulis dan penyajak, iaitu Cicero dan Virgil (70 - 19 SM). Kesusasteraan Rom umunya bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sastera Rom telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Augustus Caesar.





No comments:

Post a Comment