"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
George Santayana (The life of Reason, Volume 1:1905)

Sunday, 29 July 2012

Rumusan

Peningkatan tamadun berlaku kerana meningkatnya perkembangan dalam bentuk pemikiran dan kemahiran.Pencapaian dalam ilmu falsafah, sistem pendidikan, sistem pemerintahan, kesenian, kesusasteraan, keagamaan serta sains dan teknologi dalam kehidupan merupakan perkembangan dalam bentuk pemikiran. Perkembangan dalm kemahiran pula dapat dilihat dalam warisan seni bina. Contohnya, colloseum dan aqueduct di Rom, Tembok Besar China di China serta Stupa di Sanchi, India.

Peningkatan dalam tamadun turut menggambarkan sikap masyarakat Yunani, Rom, India dan China yang inovatif dan usaha dalam meningkatkan kehidupan mereka yang sedia ada. Dengan wujudnya keamanan negara dan pemerintahan yang kuat lagi adil seperti pemerintahan demokrasi atau republik serta pemerintahan yang berwibawa dan kuat seperti Augustus Caesar, Alexander the Great, Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti, peningkatan dalam tamadun telah tercapai.
Generasi kini bertuah kerana hasil daripada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat lampau dan pembangunan baik dari segi keagamaan, falsafah serta sains dan teknologi telah membolehkan mereka menghayati perubahan kini yang berlaku dari semasa ke semasa.

Kini, perubahan banyak berlaku berbanding dengan masa lampau biar dari segi politik, mahupun dari segi ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, pemerintahan di Rom berbentuk sistem beraja dari tahun 753 S.M., namun pemerintahan Rom berbentuk republik pada hari ini.

Sekarang, bukti pencapaian masyarakat lampau dapat dilihat daripada warisan mereka seperti bangunan, monumen dan dokumen sejarah. Sebagai kesimpulan, masyarakat kini hendaklah mencontohi sikap masyarakat yang inovatif dan usaha gigih dalam mewujudkan perubahan seperti yang kita lihat pada hari ini. Dalam meningkatkan tamadun, kita patut meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru.Hal ini begitu penting agar generasi muda dapat menikmati pencapaian kita pada hari ini.




11 comments: