Pemerintahan dan Pentadbiran
Pada tahap awal pembentukan tamadun India, tamadun ini dibahagikan kepada dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil yang bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja serta kerajaan besar yang diketuai raja. Raja mengamalkan kuasa mutlak dalam tamadun ini dan kedudukan raja diperkukuh degan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan patut dihormati. Golongan Brahmin merupakan penasihat manakala golongan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi dan merupakan golongan dominan.Kerajaan-kerajaan kecil di India disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Mauryatelah mengubah status raja ke maharaja. Ibu negara Empayar Maurya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha selepas Perang Kalinga.Beliau membentuk birokrasi pentadbiran untukmenjalankan pemerintahannya.
Perang Kalinga
-Berlaku pada tahun 261 S.M. dalam usaha Asoka mewujudkan empayar yang agung
- Menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian
- Merupakan pemula penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha
Perundangan
Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang yang paling tua dalam tamadun India. Dalam perkembangan tamadun India, raja bertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut keseriusan kesalahan yang dilakukan. Golongan Brahmin yang mahir dalam hukum-hakam keagamaan juga menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang.
Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja. Segala titah perintah diukir pada tiang batu yang dikenali sebagai tiang Asoka yang didirikan di tepi jalan supaya rakyat jelata dapat membaca.
Perluasan Kuasa
Dalam tamadun India, perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara. Beliau menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus setelah mengukuhkan kedudukannnya. Anak Chandragupta, Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Akan tetapi, Asoka telah mengubah pemerintahnya yang menekankan kekuatan ketenteraan selepas mencapai kemenangan dalam Perang Kalinga. Sebaliknya, beliau menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya dengan memberi penekanan kepada agama Buddha.
Peningkatan Ekonomi
Dalam tamadun India, aktiviti perdagangan mengalami perkembagan yang sangat pesat sejak abad ketiga S.M. Antara pusat perdagangan yang penting termasuk Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Antara pelabuhan penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuk Tamralipti, Ghantashala dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
Perkembangan pesat sektor ekonomi telah merangsang kewujuadan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin yang bermatlamat mengawal harga, kuaiti barangan dan gaji pekerja di setiap bandar. Undang-undang digubal untuk mengawa persatuan dan pelaksanaan undang-undang diawasioleh raja. Mata wang yang berbentuk mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli semasa Zaman Gupta.
Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan. Cukai dikenakan terhadap pedagang adalah untuk menyara anggota keluarga, para pentadbir dan raja.
Pendidikan
Dalam tamadun India, peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki dan golongan wanita pada masa itu tidak berpeluang untuk menerima pendidikan. Pada zaman itu, bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Segala hukum agama patut dipelajari supaya dapat hidup dengan sempurna. Bagi mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan, seseorang perlu menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama di samping mempelajari karya saintifik dan falsafah. Oleh sebab itu, pendidikan adalah untuk meningkatkan ilmu sains. Seterusnya, pendidikan bertujuan untuk menambahkan ilmu, mengatasi buta huruf dan mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.
Falsafah
Falsafah yang paling awal berkembang dan direkodkan di dunia ialah falsafah India. Falsafah India wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda yang terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda serta yang menolak kitab Veda yang bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme. Antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda termasuk Upanishad, Mahabharata dan Bhagavad Gita.
EXTRA INFO:
Veda bermaksud ilmu dalam bahasa Sanskrit, dan himpunan Veda dianggap oleh agama Hindu sebagai kitab paling suci. Ia juga dikenali sebagai sruti, yang bermakna sesuatu yang didengar atau diturunkan kepada rishi atau ahli nujum.Puji-pujian dan mantra yang paling suci telah digabungkan kedalam empat koleksi kitab yang dikenali sebagai Rig, Sama, Yajur, dan Atharva Veda. Veda yang terbaru ialah Brahmanas atau manual untuk amalan dan pemujaan,Aranyaka atau teks alam hutan untuk pendita agama, dan Upanishad atau amalan mistik.Rig Veda
Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda, dikarang antara 1500 SM dan masa peperangan Bharata agung sekitar 900 SM.Secara khususnya Rig Veda adalah penuh dengan mentera-mentera memuji dewa-dewa Aryan kerana memberi kemenangan dan kekayaan yang diperolehi selepas menewaskan puak Dasas di dalam peperangan. Kaum Aryan telah menggunakan senjata serta kemahiran perang yang terkini untuk menyerang dan menjajah puak Dasas dari tamaddun Harappan. Kebanyakan menteranya mengandungi unsur-unsur seperti kegunaan kuda dan chariots with spokes yang memberi kelebihan kepada para perwiranya.
Sama Veda
mengandungi not-not muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa.
Yajur Veda
mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban
Atharva Veda
mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri
No comments:
Post a Comment