Pendidikan
|
Corak pendidikan di Athens |
Di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani. Pada pandangan orang Athens, seorang manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal dan hanya manusia yang cemerlang yang dianggap dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia.Pendidikan di Athens menitikberatkan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis.
|
Sistem pendidikan di Sparta |
Di Sparta pula, pendidikan bermatlamat untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna. oleh sebab itu, sistem pendidikan di negara kota tersebut mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
Perkembangan pendidikan di Yunani turut berkait rapat dengan perkembangan sekolah falsafah. Athens penting sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles. Sekolah falsafah di Athens telah melahirkan sejarawan dan pakar sains dan teknologi yang terkemuka.
No comments:
Post a Comment