"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
George Santayana (The life of Reason, Volume 1:1905)

Tuesday, 31 July 2012

TAMADUN INDIA


Pemerintahan dan Pentadbiran

Pada tahap awal pembentukan tamadun India, tamadun ini dibahagikan kepada dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil yang bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja serta kerajaan besar yang diketuai raja. Raja mengamalkan kuasa mutlak dalam tamadun ini dan kedudukan raja diperkukuh degan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan patut dihormati. Golongan Brahmin merupakan penasihat manakala golongan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi dan merupakan golongan dominan.
Kerajaan-kerajaan kecil di India disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Mauryatelah mengubah status raja ke maharaja. Ibu negara Empayar Maurya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha selepas Perang Kalinga.Beliau membentuk birokrasi pentadbiran untukmenjalankan pemerintahannya.
Perang Kalinga
-Berlaku pada tahun 261 S.M. dalam usaha Asoka mewujudkan empayar yang agung
- Menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian
- Merupakan pemula penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha
Perundangan
Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang yang paling tua dalam tamadun India. Dalam perkembangan tamadun India, raja bertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut keseriusan kesalahan yang dilakukan. Golongan Brahmin yang mahir dalam hukum-hakam keagamaan juga menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang.
Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja. Segala titah perintah diukir pada tiang batu yang dikenali sebagai tiang Asoka  yang didirikan di tepi jalan supaya rakyat jelata dapat membaca.
Perluasan Kuasa
Dalam tamadun India, perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara. Beliau menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus setelah mengukuhkan kedudukannnya. Anak Chandragupta, Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Akan tetapi, Asoka telah mengubah pemerintahnya yang menekankan kekuatan ketenteraan selepas mencapai kemenangan dalam Perang Kalinga. Sebaliknya, beliau menekankan  dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya dengan memberi penekanan kepada agama Buddha.
Peningkatan Ekonomi
Dalam tamadun India, aktiviti perdagangan mengalami perkembagan yang sangat pesat sejak abad ketiga S.M. Antara pusat perdagangan yang penting termasuk Anga, Kalinga dan Karusa yang  menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Antara pelabuhan penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuk Tamralipti, Ghantashala dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
Perkembangan pesat sektor ekonomi telah merangsang kewujuadan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin yang bermatlamat mengawal harga, kuaiti barangan dan gaji pekerja di setiap bandar. Undang-undang digubal untuk mengawa persatuan dan pelaksanaan undang-undang diawasioleh raja. Mata wang yang berbentuk mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli semasa Zaman Gupta.
Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan. Cukai dikenakan terhadap pedagang adalah untuk menyara anggota keluarga, para pentadbir dan raja.
Pendidikan
Dalam tamadun India, peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki dan golongan wanita pada masa itu tidak berpeluang untuk menerima pendidikan. Pada zaman itu, bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Segala hukum agama patut dipelajari supaya dapat hidup dengan sempurna. Bagi mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan, seseorang perlu menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama di samping mempelajari karya saintifik dan falsafah. Oleh sebab itu, pendidikan adalah untuk meningkatkan ilmu sains. Seterusnya, pendidikan bertujuan untuk menambahkan ilmu, mengatasi buta huruf dan mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.
Falsafah
Falsafah yang paling awal berkembang dan direkodkan di dunia ialah falsafah India. Falsafah India wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda yang terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda serta yang menolak kitab Veda yang bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme. Antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda termasuk Upanishad, Mahabharata dan Bhagavad Gita.





EXTRA INFO:

Veda bermaksud ilmu dalam bahasa Sanskrit, dan himpunan Veda dianggap oleh agama Hindu sebagai kitab paling suci. Ia juga dikenali sebagai sruti, yang bermakna sesuatu yang didengar atau diturunkan kepada rishi atau ahli nujum.Puji-pujian dan mantra yang paling suci telah digabungkan kedalam empat koleksi kitab yang dikenali sebagai Rig, Sama, Yajur, dan Atharva Veda. Veda yang terbaru ialah Brahmanas atau manual untuk amalan dan pemujaan,Aranyaka atau teks alam hutan untuk pendita agama, dan Upanishad atau amalan mistik.


Rig Veda
Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda, dikarang antara 1500 SM dan masa peperangan Bharata agung sekitar 900 SM.Secara khususnya Rig Veda adalah penuh dengan mentera-mentera memuji dewa-dewa Aryan kerana memberi kemenangan dan kekayaan yang diperolehi selepas menewaskan puak Dasas di dalam peperangan. Kaum Aryan telah menggunakan senjata serta kemahiran perang yang terkini untuk menyerang dan menjajah puak Dasas dari tamaddun Harappan. Kebanyakan menteranya mengandungi unsur-unsur seperti kegunaan kuda dan chariots with spokes yang memberi kelebihan kepada para perwiranya.
Sama Veda
mengandungi not-not muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa.
Yajur Veda
mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban
Atharva Veda
mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri

Seni Bina Yunani

Acropolis
Acropolis
Pantheon
Parthenon


Pantheon



Acropolis



Ahli Falsafah dan Ahli Sains di Yunani

Socrates

  • Bapa falsafah
  • Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.
  • Dihukum bunuh dengan cara meminum racun di atas tuduhan merosakkan pemikiran masyarakat
  • Antara pengikutnya ialah Plato

Plato

  • Menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates
  • Pengasas akademi falsafah di Athens

Aristotle

  • Murid Plato
  • Mendalami bidang sains dan falsafah
  • Karya utamanya Politics 

Hippocrates

  • Bapa Perubatan
  • Pakar dalam bidang anatomi
  • Namanya dikenang kerana kaitannya dengan profesion perubatan moden, iaitu Sumpah Hippocrates (Hippocrates Oath)

Peningkatan Sosial

Pendidikan

Corak pendidikan di Athens
Di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani. Pada pandangan orang Athens, seorang manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal dan hanya manusia yang cemerlang yang dianggap dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia.Pendidikan di Athens menitikberatkan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis.
Sistem pendidikan di Sparta
Di Sparta pula, pendidikan bermatlamat untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna. oleh sebab itu, sistem pendidikan di negara kota tersebut mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.

Perkembangan pendidikan di Yunani turut berkait rapat dengan perkembangan sekolah falsafah. Athens penting sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles. Sekolah falsafah di Athens telah melahirkan sejarawan dan pakar sains dan teknologi yang terkemuka.

Monday, 30 July 2012

Zaman Hellenistik


Zaman Hellenistik merupakan zaman percampuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain. Kebudayaan Hellenistik tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse (Itali), Iskandariah dan Anticoch.
Pahatan Batu pada Zaman Hellinistik Greek

Tamadun India (Part 2)

Sains Dan Teknologi

Dalam tamadun India,sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik berkembang pesat pada Zaman Gupta.Ahli matematik India telah memperkenalkan sistem nombor,iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.

Seni Bina

Pada zaman tersebut, masyarakatnya telah berupaya untuk membina Great Bath.Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama,maka terlihatlah binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.Sementara itu, kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina di antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.Dalam seni bina India terdapat antaranya  menara pelbagai bentuk seperti kon,kubah dan pagoda.


Bahasa Dan Kesusasteraan

Secara umum,masyarakat dalam tamadun India berkembang daripada dua kelompok yang berbeza:

  1. Dravidia
    2. Indo-Arya
Bagi masyarakat Indo-Arya,bahasa dasarnya ialah Sanskrit yang kemudiannya melahirkan bahasa Hindi,Urdu,Punjabi,Kasmiri dan sebagainya.Bagi masyarakat Dravidia ,bahasa adalah seperti Telegu,Malayalam,Kannada,dan sebagianya. Bidang Kesusasteraan terbahagi kepada vedik,epik dan sajak.
Contoh sastera agama Hindu dan Buddha:
  1. epik Mahabharata
     2.epik Ramayana 

Sistem Sosial

Sistem Kasta merupakan sebuah institusi yang sangat unik di tamadun di India.Sistem ini mempunyai empat kasta utama,iaitu Brahmin.Ksyatria Vaisya dan Sudra.Sistem ini diikuti dengan ketat.Berdasarkan sistem ini,antara lainnya,seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yan berbeza dan tidak boleh bercamper gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

Agama Hindu

Perkataan Hindu pada mulanya digunakan untuk merujuk masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu(Indus).Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama,iaitu mencipta (Brahman),memelihara(Vishnu) dan membinasa(Siva).Agama in mempunyai enam aliran,iaitu Saivisme,Saktham,Vaishnavisme,Gnapathyam,Kaumaram dan Saura.Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta,antara tahun 320-520M..Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hiduppula adalah untukmencapai Moksya,iaitu kebebasan mutlak.Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengaan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.

Latar belakang Yunani

Tamadun Yunani terletak di Semananjung Greece dan pulau-pualu di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Mediteranean dan Laut Aegean.Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.Antara tiga negara kota yang utama di Yunani ialah Athens, Sparta, dan Corinth.

Sunday, 29 July 2012

Rumusan

Peningkatan tamadun berlaku kerana meningkatnya perkembangan dalam bentuk pemikiran dan kemahiran.Pencapaian dalam ilmu falsafah, sistem pendidikan, sistem pemerintahan, kesenian, kesusasteraan, keagamaan serta sains dan teknologi dalam kehidupan merupakan perkembangan dalam bentuk pemikiran. Perkembangan dalm kemahiran pula dapat dilihat dalam warisan seni bina. Contohnya, colloseum dan aqueduct di Rom, Tembok Besar China di China serta Stupa di Sanchi, India.

Peningkatan dalam tamadun turut menggambarkan sikap masyarakat Yunani, Rom, India dan China yang inovatif dan usaha dalam meningkatkan kehidupan mereka yang sedia ada. Dengan wujudnya keamanan negara dan pemerintahan yang kuat lagi adil seperti pemerintahan demokrasi atau republik serta pemerintahan yang berwibawa dan kuat seperti Augustus Caesar, Alexander the Great, Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti, peningkatan dalam tamadun telah tercapai.
Generasi kini bertuah kerana hasil daripada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat lampau dan pembangunan baik dari segi keagamaan, falsafah serta sains dan teknologi telah membolehkan mereka menghayati perubahan kini yang berlaku dari semasa ke semasa.

Kini, perubahan banyak berlaku berbanding dengan masa lampau biar dari segi politik, mahupun dari segi ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, pemerintahan di Rom berbentuk sistem beraja dari tahun 753 S.M., namun pemerintahan Rom berbentuk republik pada hari ini.

Sekarang, bukti pencapaian masyarakat lampau dapat dilihat daripada warisan mereka seperti bangunan, monumen dan dokumen sejarah. Sebagai kesimpulan, masyarakat kini hendaklah mencontohi sikap masyarakat yang inovatif dan usaha gigih dalam mewujudkan perubahan seperti yang kita lihat pada hari ini. Dalam meningkatkan tamadun, kita patut meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru.Hal ini begitu penting agar generasi muda dapat menikmati pencapaian kita pada hari ini.




Tamadun Rom

Peningkatan Tamadun Rom




LATAR BELAKANG

Peta Empayar Rom

Tamadun Rom berkembang di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di Lembah Latium. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. Pada abad kedua Masihi, pemerintah Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar. Kewujudan Majlis perbandaran tersebut telah membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar seperti bekalan air, rumah ibadat, teater, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

Pompei
Pompei, Italy


Pompei merupakan bandar contoh yang mempunyai pelbagai kemudahan di bandar ini. Contohnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, perpustakaan, mahkamah, pintu gerbang dan Colloseum. Selain itu, Pompei juga terkenal dengan terdapatnya sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.Bilangan penduduk Pompei telah mencapai 50000 orang pada tahun 80M.


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Tamadun Rom mengamalkan kerajaan bercorak republik. Republik merupakan negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketahui oleh presiden. Ciri-ciri kerajaan republik di Rom ialah :

· Dua konsul dilantik oleh Dewan Senat untuk memerintah negara supaya tidak ada yang lebih berkuasa antara mereka.
· Konsul dibantu oleh Dewan Senat.
· Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
· Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom.
· Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Senat


Empayar Rom muncul sebagai sebuah kuasa besar semasa dipimpin oleh Julius Caesar. Di bawah pemerintahannya, Empayar Rom meliputi Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan kawasan puak Jerman. Julius Caesar dikenal dengan kata-kata 'veni , vedi , vinci' yang bererti 'saya datang , saya lihat dan saya takluk'. Pada tahun 59 SM, beliau telah dilantik sebagai konsul. Pada 44 SM, beliau dilantik pula sebagai diktator seumur hidup. Pada 15 Mac 44 SM, Caesar telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang diketuai oleh Brutus. Pada tahun 27 SM, Augustus Caesar (27 - 14 SM) pula memerintah Rom dengan gelaran Maharaja Augustus. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom). Empayarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

PERUNDANGAN

· Hukum Kanun 12
  - dipahat pada Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
  - merupakan undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 SM
· Kod Undang-Undang Rom
  - undang-undang dikumpulkan, disatukan dan dibukukan oleh Maharaja Justinian
  - juga dikenali sebagai Undang-Undang Justinian
  - terdiri daripada tiga cabang:
    1. undang-undang sivil,
    2. undang-undang rakyat
    3. undang-undang natural (natural law)
  - prinsip undang-undang Rom:
    1. Semua manusia sama di sisi undang-undang
    2. Seseorang tidak akan bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya
    3. Keadilan terhadap setiap individu

    4. Hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi

PENDIDIKAN



Ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom:
-menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom
-peringkat awal banyak mengambil unsur dari Yunani
-pusat pendidikan telah melahirkan jurutera yang dapat membina system pengairan,bangunan dan jalan raya

FALSAFAH

Falsafah Rom berasaskan falsafah Stoik atau Stoisisme Zeno. Namun Stoisisme Rom lebih praktikal dan memberi penekanan kepada keadilan, bertanggungjawab, keberanian serta berperikemanusiaan. Penganut stoisisme yang berpengaruh di Rom ialah Marcus Tullius Cicero (106 - 43 SM). Beliau merupakan seorang negarawan dan pemidato yang terkenal. Retorik mula diajar dalam bahasa yunani dan Latin semasa pemerintahan Julius Ceasar.

SENI BINA

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan. Bangunan terkenal yang dibina pada zaman Rom ialah Colloseum, Pantheon dan Circus Maximus.Colloseum ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80 M. Ciri istimewanya ialah berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton. Pantheon ialah sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2 M. Saliran air yang dikenali sebagai aqueduct juga telah dibina. Orang Rom juga membina jalan raya, empat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Seni bina Rom ini memaparkan gabungan tradisi Etruscan, Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman.


Colloseum  merupakan tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.


Pantheon merupakan tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti.
Tinggalan pintu gerbang Aqua Claudia yang terdapat di bahagian Timur Rom.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Dalam tamadun Rom, terdapat dua orang penulis dan penyajak, iaitu Cicero dan Virgil (70 - 19 SM). Kesusasteraan Rom umunya bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sastera Rom telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Augustus Caesar.





Sejarah China

Dinasti Xia - Zaman Negeri-negeri Berperang


Tamadun China berasal dari Tamadun Hwang Ho


PENGENALAN

Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang wujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayar. Dinasti-dinasti berturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar.

Asas-asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh maharaja Dinasti Qin pada abad ke-3 SM serta perkembangan ideologi negara berdasarkan Confucianisme pada abad ke-2 SM. China mengalami zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dengan kekadangnya penaklukan oleh orang-orang asing. Sebilangan penakluk diasimilasi ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari banyak bahagian di Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta sebuah kebudayaan Cina.


DINASTI PERTAMA DALAM SEJARAH CHINA--DINASTI XIA


Pemerintah terakhir dinasti Xia, Jie merupakan seorang yang zalim.


Xia merupakan dinasti pertama dalam sejarah China, dinasti itu bersejarah hampir 500 tahun dan bermula pada abad ke-21 SM hingga abad ke-16 SM. Wilayah pentadbirannya terletak di kawasan selatan provinsi Shanxi dan kawasan barat provinsi Henan pada masa ini.

Penaja Dinasti Xia itu, Da Yu merupakan pahlawan yang dijunjung tinggi dalam usaha mencegah banjir. Dinasti Xia merupakan permulaan masyarakat bersistem hamba dalam sejarah China dan masyarakat primitif telah berakhir selepas itu.

Pada tempoh akhir Dinasti Xia, kekacauan telah berlaku antara anggota diraja Dinasti Xia dan pertentangan masyarakat pun menjadi semakin serius. Raja terakhir Dinasti Xia, Jie tidak mengacuh pentadbiran negara dan asyik bermain dengan gundik yang disukainya. Dan raja itu membunuh menteri-menteri yang memberi nasihat kepadanya. Pelbagai negeri kecil dibawah kerajaan Xia itu berturut-turut mengadakan pemberontakan. Akhirnya Negeri Shang telah berjaya mengalahkan tentera Xia dan mengakhiri pemerintahan Xia. Raja Jie pun mati selepas dia melari ke Nanchao.


DINASTI SHANG


Artifak Gangsa yang berasal dari Dinasti Shang.

Dinasti Shang atau Dinasti Yin adalah menurut sumber tradisional dinasti Cina kedua, selepas Dinasti Xia. Mereka memerintah di daerah timur laut kawasan yang dikenali sebagai "China yang tepat" di lembah Sungai Kuning. Menurut kronologi berdasarkan perhitungan oleh Liu Xin, yang Shang memerintah antara 1766 SM dan 1122 SM, tetapi menurut kronologi berdasarkan Annals Bambu, mereka memerintah antara 1556 SM dan 1046 SM. Keputusan Kronologi Xia Shang Zhou Projek menempatkan mereka antara 1600 SM dan 1046 SM. Menurut tradisi sejarah, Dinasti Shang mengikuti (mungkin mitos) Dinasti Xia dan didahului Dinasti Zhou.

Sementara beberapa maklumat langsung tentang Dinasti Shang berasal dari Shang-era tulis di artifak gangsa, sebahagian besar berasal dari tulang oracle - cangkang kura-kura, scapulae lembu, atau tulang lain, yang dikenakan mesin terbang yang membentuk korpus signifikan pertama aksara China tercatat. Sumber-sumber lain di Shang berasal dari catatan sejarah dari Dinasti Zhou kemudian dan Dinasti Han Shiji, atau Catatan Sejarah Agung, oleh Sima Qian. Tulisan di tulang oracle adalah divinations, dan kerana mereka dapat dikumpulkan untuk maklumat tentang banyak topik dari politik dan ekonomi untuk seni dan ubat tempoh, mereka memberikan wawasan penting dalam tahap-tahap awal peradaban Cina.

Satu halaman salah satu ibukota Shang, kemudian bersejarah disebut Reruntuhan Yin, dekat Anyang moden. Arkeologi bekerja mendapati ada 11 makam kerajaan Yin besar dan dasar-dasar istana dan laman ritual, mengandungi senjata perang dan tetap baik dari haiwan dan pengorbanan manusia. Puluhan ribu gangsa, batu jed, batu, tulang, dan artifak seramik telah diperolehi. Pengerjaan pada gangsa membuktikan tingkat tinggi peradaban. Dalam hal tulang oracle tertulis saja, lebih dari 20.000 ditemui dalam penggalian saintifik awal selama tahun 1920 dan 1930, dan lebih dari empat kali kerana banyak telah dijumpai sejak.

Kegemilangan Shang

Shang Tang, pengasas dinasti Shang.


Menurut tradisi China, dinasti Shang diasaskan oleh seorang raja pemberontak, Tang dari Shang, yang menggulingkan penguasa terkini Xia dalam Pertempuran Mingtiao. Menurut Shiji, para Shang mempunyai sejarah yang panjang, dan ada teori yang berbeza tentang asal mereka. Tamadun mereka didasarkan pada pertanian dan ditambah dengan perburuan dan penternakan, dan di samping perang, Shang juga dipraktikkan pengorbanan manusia. Menurut catatan sejarah yang berbeza, orang-orang Shang memindahkan ibu negara mereka berkali-kali selama pemerintahan mereka, dengan langkah akhir dan paling penting untuk Yin, tahun 1350 SM, memulakan zaman keemasan dinasti. Bahkan, nama "dinasti Yin" telah identik dengan Shang sepanjang sejarah dan sebenarnya istilah yang lebih popular. Namun, sekarang sering digunakan secara khusus untuk menggambarkan setengah akhir dari dinasti Shang. Ibukota, khususnya bandar Yin, adalah pusat kehidupan istana berkilauan. Seiring waktu, ritual mahkamah untuk menenangkan roh dikembangkan, dan di samping tugas sekular itu, raja akan berfungsi sebagai ketua nenek moyang dan pemujaan-pemujaan roh. Seringkali, raja bahkan akan melakukan oracle divinations tulang sendiri, terutama menjelang akhir Dinasti. Bukti daripada penggalian makam kerajaan menunjukkan royalti yang dikuburkan dengan barang dari nilai, mungkin untuk digunakan di akhirat. Mungkin kerana alasan yang sama, beratus-ratus rakyat biasa, yang mungkin telah budak, ditanam hidup-hidup dengan mayat raja.


tulang oracle

Shang mempunyai sistem sepenuhnya dikembangkan penulisan sebagai dibuktikan pada prasasti gangsa, tulang oracle, serta sejumlah kecil tulisan-tulisan lain pada tembikar, jed dan batu yang lain, tanduk, dll. Kompleksitas sistem penulisan mereka dan kecanggihan menunjukkan tempoh yang lebih awal pembangunan, namun bukti langsung pembangunan yang masih kurang. Gangsa Cina dan tembikar juga maju selama dinasti Shang, dengan gangsa umum digunakan untuk seni daripada senjata. Kemajuan lain termasuk penemuan instrumen muzik banyak dan pemerhatian Mars dan pelbagai komet oleh Shang astronomi.

Kejatuhan Shang

Shang Zhou
Tan Ji, seorang gundik yang amat disayangi oleh Maharaja Shang kerana kecantikannya.

Maharaja Xin juga dikenali sebagai Shang Zhou, seorang yang zalim dan sanggup menghabiskan masa dengan gundik Tan Ji hingga melupai peranan sebagai pemerintah serta membawa Dinasti Shang kepada kejatuhan. Shang Zhou, raja Shang terakhir, bunuh diri setelah pasukannya dikalahkan oleh orang Zhou. Setelah itu dikalahkan Shang, raja Zhou, Zhou Wu, membolehkan anak Shang Zhou, Wugeng Lufu untuk memerintah orang-orang Shang sebagai kerajaan vasal. Namun, Zhou Wu menghantar tiga saudara-saudaranya dan tentera untuk memastikan bahawa Wugeng Lufu tidak akan memberontak. Selepas kematian Zhou Wu, Yang Shang akan bergabung dengan 'Gabenor Tiga Pemberontakan' terhadap Duke Zhou, tetapi pemberontakan itu runtuh selepas tiga tahun, meninggalkan Shang Zhou menguasai kawasan.


DINASTI ZHOU


Zhou Wu, pengasas dinasti Zhou

Dinasti Zhou (1066 SM - 221 SM) adalah dinasti terakhir sebelum China disatukan bawah Dinasti Qin. Dinasti Zhou adalah dinasti yang bertahan paling lama dibandingkan dengan dinasti yang lain dalam sejarah China, dan penggunaan besi mula diperkenalkan di China bermula zaman ini.

Mandat langit


Tian-Huang Shangdi

Sesuai dengan tradisi feudal China, para pemerintah Zhou mengantikan Dinasti Shang (Yin) dan mengesahkan aturan yang menetapkan mereka sebagai mandat langit, iaitu para penguasa memerintah dengan mandat dari langit. Bila mandat dari langit dicabut, rakyat berhak menggulingkan penguasa tadi. Perintah langit ditetapkan oleh nenek moyang Zhou, Tian-Huang-Shangdi, yang berada di atas nenek moyang Shang, Shangdi. Doktrin ini menjelaskan dan membenarkan kekalahan Dinasti Xia dan Shang, dan pada waktu yang sama mendukung hak kekuasaan para penguasa sekarang dan masa depan.

Pembahagian Dinasti Zhou Barat dan Zhou Timur


Senarai Pemerintah Dinasti Chou


Para sejarahwan membahagi Dinasti Zhou menjadi Dinasti Zhou Barat dari akhir abad ke-10 SM hingga tahun 771 SM, serta Dinasti Zhou Timur dari tahun 770 SM hingga tahun 221 SM. Tahun permulaan Zhou Barat tetap masih dalam perdebatan, antara tahun 1122 SM, tahun 1027 SM atau tahun lain dalam ratusan tahun dari akhir abad ke-12 SM. Pada umumnya, sejarahwan China menetapkan tahun 841 SM sebagai tahun awal bermula pemerintahan Dinasti Zhou dalam sejarah China. Berdasarkan sejarahwan China terkenal, Sima Qian dalam karya tulisannya, Catatan Sejarah Agung, Zhou Timur dibahagi lagi kepada dua zaman iaitu Zaman Musim Bunga dan Luruh dan Zaman Negara-negara Berperang.

Kemunduran

Setelah perpecahan di pusat kekuasaan, pemerintah Zhou semakin lemah menjalankan pemerintahan. Setelah Raja Ping, raja-raja Zhou yang terkemudian tidak memiliki kekuasaan yang nyata kerana kekuasaan sebenarnya teletak di tangan para bangsawan yang kuat. Menjelang penghujung Dinasti Zhou, para bangsawan tidak meletakkan lagi pertolongan keluarga Ji sebagai simbol gabungan kerajaan dan masing-masing mengangkat diri mereka sendiri sebagai raja. Dinasti Zhou berpecah menjadi beberapa negara kecil yang bertempur antara satu sama lain. Zaman ini kemudian terkenal sebagai Zaman Negara-negara Berperang yang kemudian diakhiri dengan penyatuan China dalam Dinasti Qin.



ZAMAN MUSIM BUNGA DAN MUSIM LURUH


Beratus-ratus negeri muncul selepas perpecahan kuasa pusat Zhou.

Pada abad ke-8 SM, kuasa Dinasti Zhou terpencar semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh, zaman yang dinamai sempena nama Catatan Tahunan Musim Bunga dan Musim Luruh yang terpengaruh. Dalam zaman ini, ketua-ketua tentera tempatan yang dilantik oleh Dinasti Zhou mula mempergunakan kuasa mereka untuk memperoleh hegemoni. Keadaan ini diburukkan oleh serangan-serangan daripada orang-orang di barat laut seperti Qin, dan memaksa Dinasti Zhou untuk memindahkan ibu kotanya ke timur Luoyang. Ini menandakan fasa kedua Dinasti Zhou yang besar: Zhou Timur. Di dalam setiap negeri yang muncul, tokoh-tokoh tempatan yang kuat memiliki kebanyakan kuasa politik dan meneruskan kepatuhan mereka kepada raja-raja Zhou pada nama sahaja. Umpamanya, ketua-ketua tempatan mula menggunakan gelaran-gelaran diraja pada diri sendiri. Seratus Aliran Fikiran falsafah Cina berbunga semasa zaman ini, termasuk gerakan-gerakan intelektual yang terpengaruh seperti Confucianisme, Taoisme, Ultrakeundangan, dan Mohisme yang diasaskan sebahagian sebagai gerak balas terhadap dunia politik yang berubah-ubah. Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh ditandakan dengan perpecahan kuasa pusat Zhou, dengan China ketika itu terdiri daripada beratus-ratus negeri, dengan sebilangannya hanya sebesar desa dengan sebuah kubu.


ZAMAN NEGERI-NEGERI BERPERANG

Tujuh negeri yang terutama semasa Zaman Negeri-Negeri Berperang
Peperangan sering berlaku antara tujuh negeri tersebut.

Kubu pertahanan Chu, salah sebuah negeri yang berkuasa pada zaman tersebut.

Selepas pengukuhan politik yang lanjut, tujuh buah negeri yang terutama tertinggal pada akhir abad ke-5 SM, dengan tahun-tahun yang negeri-negeri ini bertempur satu sama lain dikenali sebagai Zaman Negeri-negeri Berperang. Walaupun terdapat raja Dinasti Zhou yang memerintah pada nama sahaja sehingga tahun 256 SM, baginda tidak memegang banyak kuasa yang benar. Semasa wilayah-wilayah yang berjiran dengan negeri-negeri berperang itu diilhakkan, umpamanya kawasan-kawasan di Sichuan dan Liaoning masa kini, kawasan-kawasan ini diperintah di bawah sebuah sistem pentadbiran kekomanderan dan prefektur tempatan yang baru. Sistem ini telah diamalkan sejak Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dan sebahagiannya masih dapat dilihat dalam sistem Sheng & Xian (provinsi dan kaunti) masa kini. Peluasan terakhir zaman ini bermula dengan pemerintahan Ying Zheng, raja Qin. Penyatuannya terhadap enam buah kuasa yang lain serta pengilhakan-pengilhakan lanjut di kawasan-kawasan Zhejiang, Fujian, Guangdong, dan Guangxi masa kini pada tahun 214 SM membolehkannya mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Pertama (Qin Shi Huangdi). Baginda menggolongkan masyarakatnya menjadi tiga kelas, iaitu Raja, golongan bangsawan, dan golongan petani, untuk membantu mengawal kemaharajaannya.


Dinasti Qin: Permulaan Empayar China



Ahli-ahli sejarah sering merujuk kepada tempoh dari Dinasti Qin sehingga keakhiran Dinasti Qing sebagai Empayar China. Walaupun pemerintahan Maharaja Qin hanya berlangsung selama dua belas tahun, baginda dapat menaklukkan banyak kawasan yang kemudian menjadi teras tanah air bangsa Han dan menyatukan penduduk-penduduk kawasan tersebut di bawah sebuah kerajaan ultrakeundangan terpusat yang ketat yang berpusat di Xianyang (Xi'an masa kini). Doktrin ultrakeundangan yang memandu pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod undang-undang serta kuasa mutlak maharaja. Sedangkan falsafah ini amat berkesan untuk memperluas empayar dengan gaya ketenteraan, ia terbukti tidak berjaya untuk memerintah pada waktu aman. Qin menindas sebarang penentangan politik dengan kejam, termasuk peristiwa yang dikenali sebagai "Membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan". Ini kemudian menjadi pencetus untuk Sintesis Han yang menggabungkan aliran-aliran fikiran tadbiran politik yang lebih sederhana.
Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Sumbangan-sumbangan utama Qin yang lain termasuk penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China selepas penderitaan Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh serta Zaman Negeri-negeri Berperang. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta kuda juga diseragamkan untuk memastikan sebuah sistem perdagangan yang berdaya di seluruh empayar.

Qin Shi Huang, maharaja China yang pertama dan  beliau juga banyak memberikan sumbangan kepada  Tamadun China. Nama beliau ialah Raja Chen. Peranan beliau adalah menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China sehingga seperti yang wujud pada hari ini.



Barisan askar Dinasti Qin.



Shih Huang Ti telah menyatukan semua mata wang di kiri kepada yang di kanan.

Mata wang Dinasti Qin.


Peta menunjukkan lokasi Dinasti Qin.



Dinasti Han: Zaman kemakmuran



Dinasti Han muncul pada tahun 202 SM dan merupakan dinasti pertama untuk memeluk falsafah Konfusianisme yang kemudian menjadi asas ideologi kepada semua rejim sehingga keakhiran empayar China. Di bawah Dinasti Han, China mencapai kemajuan yang ketara dalam banyak bidang seni dan sains. Maharaja Wu (Han Wudi) mengukuhkan dan memperluas empayar China dengan mengundurkan puak Xiongnu (kekadang digolongkan dengan kaum Hun) masuk ke dalam steppe Mongolia. Dalam masa kini, Dinasti Han merampas kawasan-kawasan Gansu, Ningxia, dan Qinghai masa kini. Ini membolehkan pembukaan buat pertama kali hubungan-hubungan perdagangan antara China dengan Dunia Barat melalui Laluan Sutera. Dinasti Han melakukan perdagangan dan meluaskan budayanya ke negara Korea, Mongolia, Vietnam, dan Asia Tengah.
Bagaimanapun, pemerolehan tanah-tanah oleh keluarga-keluarga elit beransur-ansur menyusutkan sumber cukai. Pada tahun 9 Masihi, perampas Wang Mang mengasaskan Dinasti Xin yang tidak dapat kekal lama dan memulakan rancangan-rancangan reformasi tanah yang meluas serta pembaharuan-pembaharuan eknonomi yang lain. Bagaimanapun, rancangan-rancangannya tidak pernah disokong oleh keluarga-keluarga pemilik tanah kerana perubahan-perubahan tersebut memihak kepada golongan petani dan ningrat yang bertaraf rendah. Ketakstabilan yang diakibatkannya akhirnya mencetuskan keadaan kelam-kabut dan pemberontakan.
Maharaja Guangwu kemudian memulihkan Dinasti Han di Luoyang yang terletak di timur Xi'an, dengan bantuan keluarga-keluarga pemilik tanah dan pedagang. Zaman baru itu diistilahkan sebagai Dinasti Han Timur. Bagaimanapun, kuasa Han merosot di tengah-tengah pemerolehan tanah, serangan, dan pertikaian antara puak-puak gundik dengan para sida-sida. Pemberontakan Serban Kuning tercetus pada tahun 184 dan memulakan zaman hulubalang. Dalam kerusuhan yang menyusul, tiga buah negeri cuba mencapai kekuasaan dalam apa yang dipanggil zaman Tiga Kemaharajaan. Zaman itu telah diolah secara romantik dalam karya-karya Cina seperti Kisah Tiga Kemaharajaan.


Liu Bang (Maharaja Gao) membahagi negara menjadi beberapa bahagian feudal dengan maksud untuk memuaskan para pemimpin negeri yang bergabung dengannya ketika perang Chu-Han, walaupun dia merancang untuk menyingkir mereka setelah Liu Bang menggabungkan dan menyusun pasukan tenteranya.

Tamadun India


Peningkatan Tamadun India

Pengenalan

Peta Tamadun India

Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.


Tiang Asoka
Kepala Tiang Asoka


Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka


Agama Hindu






Tamadun Hwang Ho - Tamadun China


Peningkatan Sosial - Agama dan Falsafah


YIN DAN YANG
Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.

Dalam falsafah Cina, Yin dan Yang merupakan gambaran umum antitesis atau hubung kait bersama dalam penanggapan fenomena oleh manusia di dunia ini, dan bergabung untuk membentuk perpaduan yang bertentangan dalam teori Taiji. Orang Cina sering menganggap kehidupan mereka bergantung kepada ying-yang.


AGAMA BUDDHA
Siddharta Gautama dikenali sebagai Buddha oleh penganutnya.

Empat kebenaran mulia dalam agama Buddha:
· Dukka - penderitaan
· Samudaya - sebab penderitaan
· Nirodha - nafsu yang membawa penderitaan
· Marga - cara memadamkan nafsu dan keinginan

Lapan jalan dalam agama Buddha ialah:
· Kepercayaan yang betul
· Tujuan yang betul
· Pertuturan yang baik
· Perbuatan yang baik
· Hidup yang baik
· Usaha yang baik
· Fikiran yang baik
· Renungan yang baik



CONFUCIANISME
Kung Fu-Tze (Confucius) disembah sebagai salah satu dewa penting.


Confucianisme menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Seseoran haruslah mendapat pendidikan supaya mencapai ketinggian moral ini. Selain itu, ajaran ini menekankan maruah diri dan menggalakkan hubungan baik sesama manusia.


TAOISME
Lao Tze menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching.


Ajaran ini menekankan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat. Taoisme pada asalnya berbentuk falsafah tetapi menjadi ajaran berbentuk agama kemudiannya. Ajaran ini menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Berdasarkan ajaran ini, manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku. Hal ini dikenali sebagai wu-wei. Jika bertentangan dengan prinsip wu-wei akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu, Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.


MO TZU
Mo Tzu dikenali juga sebagai Motze atau Mencius.


Mo Tzu menolak beberapa ajaran dalam Confucianisime. Beliau berpendapat manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.


LEGALISME


Han Fei Tzu percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.



Dalam sejarah China, adalah salah satu arus falsafah utama sewaktu Zaman Negeri-Negeri Berperang, walaupun istilah itu sendiri telah dicipta sewaktu Dinasti Han dan oleh itu tidak merujukkan pada sebuah 'sekolah' teratur fikiran. Legalisme adalah falsafah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup. Sekolah penyokong yang paling terkenal dan penyumbang Han Fei Tzu percaya bahawa pemerintah tidak harus wujud rasa belas kasihan. Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme.