"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
George Santayana (The life of Reason, Volume 1:1905)

Friday 3 August 2012

Peningkatan Tamadun dalam Tamadun Yunani

Pemerintahan dan Pentadbiran


Sistem pemerintahan di Yunani telah banyak mengalami perubahan,iaitu daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator (tirani) ,dan akhirnya kepada demokrasi.Sistem demokrasi yang dimulakan di Yunani telah menjadi amalan bagi banyak negara pada masa ini. Selain itu, kewujudan pelbagai bentuk pemerintahan menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

Bagi kota Sparta pula, sistem pemerintahan tentera diamalkan. Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting.Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

Tapak arkeologi di Kota Sparta

Perundangan

Dalam tamadun Yunani, Dewan Perhimpunan berperanan untuk menggubal undang-undang.Kepentingan undang-undang telah diutarakan oleh Plato*(ahli falsafah Yunani) dalam  bukunya Republic. Menurutnya, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik, dan berupaya menggubal undang-undang.

Kawasan Penaklukan Alexander the Great

Perluasan Kuasa

 

Di Yunani, kegiatan penaklukan berjalan dengan rancak sejak tahun 800 S.M..Semasa pemerintahan Phillip II dari Macedonia, kerajaan Macedonia dan kerajaan Yunani telah disatukan. Usaha ini diteruskan oleh anaknya, Alexander the Great, yang berjaya meluaskan lagi kawasan takluk Yunani apabila beliau menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhrinya, seluruh kawasan di sekitar Laut Mediteranean berada di bawah kekuasaannya.

Alexander the Great

Penaklukan Alexander the Great